Monday, January 25, 2010

sempurnakan tag.. :)

dh kena tag oleh ummi iz/zafran. dh lama sbnrnye tp tak sempat nk mengupdate dlm blog.

1) First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
bila dh keje. erm kawan kpd kawan. bile jupe kawan, hubby ade skali n terberkenalan la..

2) Love at first sight?
wujudke love at first sight?.. erm, can't believe..

3) Who is he when the first time you met him?
engineer kt jabil.

4) How long it takes for him to ask you out for a date?
sbnrnye byk kali date, tp date ramai2.. hehehe..

5) First place dating?
erm.. can't remember..

6) How he proposed?
by sms..

7) Special date with your hubby?
07.02.2008/29.01.2009

8) Changes that he asked you to do?
sile tutup aurat ye sayang. jgn pakai bj yg bleh nampak bontot, jgn ketat sgt.. bla.. bla.. bla..

9) What is about him that you love so much?
bile hubby bgn mlm2 buatkan susu dina. hehe..

10) What is about him that you wish he would change?
sile ingt di mana abg letak brg.. amalkan 5S.. hehehe.. :P

11) You will lose your mind and crack your head when he...
forgot my birthday..

12) You will smile through your eyes for the whole day when he..
tell me that he love me very2 much..

13) Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..
his love to me. bak kata ummi iz, what u give is what u get back.. correct..

Wednesday, January 20, 2010

Resipi bayi 6~8 months

1) tauhu puri mangga
bahan2:
1 keping tauhu
1 biji mangga masak

cara2:
kukus tauhu hingga masak. potong dadu dan ketepikan. kisar mangga utk dijadikan puree. tak perlu tambah air. tauhu td dipotong kecil, tuang puree mangga keatas tauhu. siap.

2) bubur nasi ikan rebus goreng
bahan2:
20g beras
1 ekor ikan rebus (goreng dan ambil isinya)
10g bayam
1 biji bwg merah (dimayang)
1 biji bwg puting (dimayang)
5g brokoli
2sm lobak merah
2sm seleri
air secukupnya

cara2:
rebus beras hingga kembang. selepas itu masukkan bayam, bawang merah, putih, lobak merah, brokoli dan seleri ke dlm bubur td. rebus lg hingga lembut. selepas itu masukkan ke dalam bekas pengisar bersama isi ikan. kisar sehingga halus. siap.

3) bubur ikan nasi kacang pis
bahan2:
20g beras
10g isi ikan tenggiri
1 ulas bawang putih dicincang
1/2sm halia
5g kentang dihiris
5g lobak merah dihiris
5g brokoli dihiris
5g kubis bunga dihiris
5g kacang pis
air secukupnya

cara2:
panaskan sedikit minyak kedlm periuk. tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. kemudian masukkan isi ikan. kacau rata. masukkan beras yang sudah dicuci bersih dan air secukupnya. biarkan mendidih. selepas itu masukkan kentang, brokoli dan lobak merah. kacau dan biarkan beras masak. angkat.masukkan ke dalam bekas pengisar dan kisar halus.

selamat mencuba.

semua resipi dr majalah rasa edisi 102, terbitan Januari 2010.

Friday, January 8, 2010

Ciri2 isteri solehah..

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
2.Bersikap malu terhadap suami.
3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
9.Sentiasa menghormati keluarga suami .
10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

read more here

sharing is caring... bak kate ummi iz

Wednesday, January 6, 2010

Slamat tahun baru 2010

rasenye belom terlambat utk ucapkan slamat tahun baru 2010.
semoga tahun ini lg baik dr sebelumnye.

dan mcm biase di awal tahun baru, diri akan tertanya2 adakah azam tahun lepas dh tercapai.
erm.. jawapannye ntahla.. sbb dh lupa apa azam tahun lps. hehehe.. mana mungkin gtu.

apakah azam tahun nie??
dh dipikiri dan ingin dicoretkan azam tahun nie. mudah2an akan diingati dan diusahakan utk dicapai.
1) menjadi isteri dan ibu yg lebih baik. mudah2an lg baik dr tahun lps.
2) mencari pekerjaan dan hidup yg lbh stabil. [rasenye dh berazam thn lps] hehe..
3) mengurangkan kredit dan menambahkan debit [khusus pada kad yer..]
4) berjimat cermat seboleh mungkin [bolehkah??..] dan membeli rumah insyaAllah..

end of this month, dina akan berusia sethn.
- gigi baru 2 batang tp sakitnye die gigit mase bf Tuhan je yg tau
- dh pandai bercakap tp dlm bahasa die ok titi tata [mcm imawari sin chan].. hehe..
- dh pandai mengamuk bile tak dpt sesuatu
- erm, belom boleh berjalan mahupon merangkak tp dh berlari2 di dalam walker
- sudah terjatuh dr walker sekali sbb cuba mengambil brg dibwh
- taknak makan bubur nasi, prefer makan nasi keras
- kalau org makan dpn die, die akan dok depan..menunggu utk disuap