1) tauhu puri mangga
bahan2:
1 keping tauhu
1 biji mangga masak
cara2:
kukus tauhu hingga masak. potong dadu dan ketepikan. kisar mangga utk dijadikan puree. tak perlu tambah air. tauhu td dipotong kecil, tuang puree mangga keatas tauhu. siap.
2) bubur nasi ikan rebus goreng
bahan2:
20g beras
1 ekor ikan rebus (goreng dan ambil isinya)
10g bayam
1 biji bwg merah (dimayang)
1 biji bwg puting (dimayang)
5g brokoli
2sm lobak merah
2sm seleri
air secukupnya
cara2:
rebus beras hingga kembang. selepas itu masukkan bayam, bawang merah, putih, lobak merah, brokoli dan seleri ke dlm bubur td. rebus lg hingga lembut. selepas itu masukkan ke dalam bekas pengisar bersama isi ikan. kisar sehingga halus. siap.
3) bubur ikan nasi kacang pis
bahan2:
20g beras
10g isi ikan tenggiri
1 ulas bawang putih dicincang
1/2sm halia
5g kentang dihiris
5g lobak merah dihiris
5g brokoli dihiris
5g kubis bunga dihiris
5g kacang pis
air secukupnya
cara2:
panaskan sedikit minyak kedlm periuk. tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. kemudian masukkan isi ikan. kacau rata. masukkan beras yang sudah dicuci bersih dan air secukupnya. biarkan mendidih. selepas itu masukkan kentang, brokoli dan lobak merah. kacau dan biarkan beras masak. angkat.masukkan ke dalam bekas pengisar dan kisar halus.
selamat mencuba.
semua resipi dr majalah rasa edisi 102, terbitan Januari 2010.
RASA
6 years ago
wahh..pasni mcm2 la dina mkn ekk... dah byk resipi yg boleh dicuba
ReplyDelete