Thursday, February 25, 2010

balasan meninggalkan solat..

n3 kali nie berbentuk keinsafan.
hari nie ntah mengapa ibu rase begitu sayu. bile ibu jalan di production line pg nie ibu ternampak le foreign worker di kilang nie. dlm hati terdetik. 'sian die, jauh2 datang cari rezeki. mesti hidup tak berape senang'. erm.. tp kite tak tau hidup diorg sbnrnye mcm mane. kdg2 hidup kite nie pon susah jugak. nape hidup kite kdg2 susah. manusia mmgla tak selalunye diatas, ade jugak dibawahnye. bak kata org mcm roda. erm tp mesti ade sesuatu yg menyebabkan kite berada di bawah. renung2 kanla diri kite.

adakah solat lima waktu kite cukup?
solat adalah tiang agama. pasti semua org tahu itu, tp adakah semua org penuh solatnye dan solatnye kusyuk.

ibu termenung jap di cubicle ini..
solat ibu cukupkah?
dan kemudian ibu googled balasan meninggalkan solat...

hasil google disini

isk. begitu menyeramkan. ingin rasenye ibu cetak n tampal besar2 kt umah utk mengingatkan ibu supaya lebih menitikberatkan dan tidak melambat2kan solat....

Monday, February 15, 2010

updated..

dina dh setahun 2 minggu lepas. ibu celebrate birthday dina kt kg ibu, tmpt kelahiran dina.

erm sgt susah tau nk potong kek. ibu kena control dua2 tgn dina sbb dina nk grab bunga di atas kek itu.
dina n kakak. kakak nie anak kepada kakak ibu. sume org panggil kakak 'kakak'. even kt skolah cikgu n kawan2 pon panggil kakak. sbb dia akan introduce die sbg 'kakak'. panggil kakak 'kakak'.. wlpn ade kawan2 lg senior dr dia pon panggil kakak.


ini adalah adik. sama mcm kakak, adik akan introduce die 'adik'. bila ibu dpt dina, nenek nk panggil dina adik. tp adik nie akan cakap. 'itu baby dina, adik nie adikla'.. tp ibu selaku cik ngah akan panggil adik usop bulat...
oh ya. dina dh boleh berjalan 2 minggu sblm birthday dia. tp jalan2 jatuh la. belom expert lg.

update blog..

benci la.. ku benci gambar ini. ini adalah sbb aku tidak mengupdate blog. dh 2 n3 disappeared..

Sunday, February 7, 2010

Resipi makanan bayi 8bln~setahun

makaroni daging
bahan2:
1/2 cwn daging lembu (rebus hingga empuk n potong nipis)
1 bj kentang
20g kacang pis tanpa kulit
sedikit lobak merah
sedikit celeri
20g makaroni
air secukupnya

cara2:
masukkan makaroni dlm air dan masak hingga lembut. biarkan atas api yang kecil. potong sayur2an kecil2 dan masukkan dlm makaroni td. tambahkan air jika perlu. masukkan daging. biarkan seketika di atas api. angkat dan toskan air rebusan. gunakan ia untuk megisar isi rebusan td sebelum diberikan kepada bayi anda.

bujirin oat aprikot
bahan2:
20g bijirin oat
100ml susu cair
5bj buah aprikot

cara2:
masukkan bijirin oat ke dalam periuk. masukkan susu cair dan aprikot. kacau di atas api perlahan sehingga rata dan sebati. andkat dan hidangkan.

bijirin oat, kurma dan prune
bahan2:
20g bijirin oat
2 sudu makan susu tepung
150ml air
2bj kurma (dicincang halus)
2bj prune (dicincang halus)

cara2:
masukkan bijirin oat ke dlm periuk. masukkan susu tepung yg dibancuh dgn air. kacau rata hingga sebati. masukkan kurma dan prune. kacau rata. angkt dan hidangkn.

slamat mencuba!!
semua resipi dr majalah rasa. edisi 102, keluaran jan 2010.

Monday, January 25, 2010

sempurnakan tag.. :)

dh kena tag oleh ummi iz/zafran. dh lama sbnrnye tp tak sempat nk mengupdate dlm blog.

1) First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
bila dh keje. erm kawan kpd kawan. bile jupe kawan, hubby ade skali n terberkenalan la..

2) Love at first sight?
wujudke love at first sight?.. erm, can't believe..

3) Who is he when the first time you met him?
engineer kt jabil.

4) How long it takes for him to ask you out for a date?
sbnrnye byk kali date, tp date ramai2.. hehehe..

5) First place dating?
erm.. can't remember..

6) How he proposed?
by sms..

7) Special date with your hubby?
07.02.2008/29.01.2009

8) Changes that he asked you to do?
sile tutup aurat ye sayang. jgn pakai bj yg bleh nampak bontot, jgn ketat sgt.. bla.. bla.. bla..

9) What is about him that you love so much?
bile hubby bgn mlm2 buatkan susu dina. hehe..

10) What is about him that you wish he would change?
sile ingt di mana abg letak brg.. amalkan 5S.. hehehe.. :P

11) You will lose your mind and crack your head when he...
forgot my birthday..

12) You will smile through your eyes for the whole day when he..
tell me that he love me very2 much..

13) Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..
his love to me. bak kata ummi iz, what u give is what u get back.. correct..

Wednesday, January 20, 2010

Resipi bayi 6~8 months

1) tauhu puri mangga
bahan2:
1 keping tauhu
1 biji mangga masak

cara2:
kukus tauhu hingga masak. potong dadu dan ketepikan. kisar mangga utk dijadikan puree. tak perlu tambah air. tauhu td dipotong kecil, tuang puree mangga keatas tauhu. siap.

2) bubur nasi ikan rebus goreng
bahan2:
20g beras
1 ekor ikan rebus (goreng dan ambil isinya)
10g bayam
1 biji bwg merah (dimayang)
1 biji bwg puting (dimayang)
5g brokoli
2sm lobak merah
2sm seleri
air secukupnya

cara2:
rebus beras hingga kembang. selepas itu masukkan bayam, bawang merah, putih, lobak merah, brokoli dan seleri ke dlm bubur td. rebus lg hingga lembut. selepas itu masukkan ke dalam bekas pengisar bersama isi ikan. kisar sehingga halus. siap.

3) bubur ikan nasi kacang pis
bahan2:
20g beras
10g isi ikan tenggiri
1 ulas bawang putih dicincang
1/2sm halia
5g kentang dihiris
5g lobak merah dihiris
5g brokoli dihiris
5g kubis bunga dihiris
5g kacang pis
air secukupnya

cara2:
panaskan sedikit minyak kedlm periuk. tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. kemudian masukkan isi ikan. kacau rata. masukkan beras yang sudah dicuci bersih dan air secukupnya. biarkan mendidih. selepas itu masukkan kentang, brokoli dan lobak merah. kacau dan biarkan beras masak. angkat.masukkan ke dalam bekas pengisar dan kisar halus.

selamat mencuba.

semua resipi dr majalah rasa edisi 102, terbitan Januari 2010.

Friday, January 8, 2010

Ciri2 isteri solehah..

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
2.Bersikap malu terhadap suami.
3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
9.Sentiasa menghormati keluarga suami .
10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

read more here

sharing is caring... bak kate ummi iz