Monday, November 29, 2010

buatlah pilihan yang bijak..

dari kecik smpai besar dina mmg saya pakaikan ngan huggies.
[jgn tanye sy psl CD. sy mmg tingin tp x berkesempatan.ok cite kt lain n3 ye...]

bg saya huggies mmg lah puas hati. so far tak pnh bocor ke ape. ditambah ngan pelekat die yg tak melukakan/menyakitkan peha gebuss anak saya. hehe..

mcm biasalah di hjg bln stok diapers akan abis. so wiken lps jenuhla kami g cari stok.
memula carik kt te**o.
harga huggies sz M : 4x.xx [tak ingt tp dlm patploh lebih]..
rasenye kt tmpt lain bleh dpt lg murah..

kendian ke j***o. harganye 46.90 [klo x salah, tak ingt jugakk]..
eh rasenye dlm tigaploh lebih jek. skrg dh mahal mehhh..

kemudian ke mini market kt dpn umah..
harganye 34.90.
oh ini barulah betol.
buatlah pilihan yg bijak yer..

sape nk bg duit seploh hinggit pree?

*tq en gugel atas gmbr diatas..

90 days to go -clearkan cpt..

lagi 90 hari utk clearkan saman yg ade.
jadi cepatlah clear..
utk aku alhamdulillah saman hanyelah rm670 [apelah sgt 670 jika dibandingkan ngan saman korang yg ribu riban kan hehehe]
tp ntah bila la nk byr..

sume bleh cek di myeg yer..

Friday, November 19, 2010

sharing is caring kan..

Saman wanita jadi punca cerai


Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 16 Nov. - Isu perceraian yang menjadi topik hangat ketika ini 'semakin menarik' apabila seorang pengamal undang-undang memberi tips kepada isteri-isteri teraniaya mengenai cara berdepan perampas suami mereka.

Peguam berkenaan, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, isteri yang diceraikan disebabkan suami mereka digoda orang ketiga boleh menyaman wanita yang menjadi punca penceraian rumah tangga mereka.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO memberitahu, satu pasukan peguam syarie boleh dibentuk bagi membantu isteri yang teraniaya akibat cinta suami beralih arah.
Menurutnya, terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan seseorang itu didakwa kerana cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain.

Tambah beliau, tidak ramai wanita Melayu yang menyedari peruntukan itu dan pihaknya bersedia akan membantu mereka mendapatkan khidmat nasihat jika mereka berasa teraniaya apabila ditinggalkan suami ekoran gangguan pihak ketiga.
"Malah di bawah undang-undang sivil pun ada peruntukan ini, sebagai contoh kes model dan pengacara, Daphne Iking yang mana bekas suaminya menyaman seorang ahli perniagaan kerana memikat isterinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamilia berkata, kes-kes saman seumpama itu perlu dimulakan supaya masyarakat dapat disedarkan bahawa adalah suatu kesalahan meruntuhkan ikatan pasangan yang berkahwin.
Justeru, tegas beliau, pihak ketiga yang menjadi punca penceraian itu perlu diheret ke mahkamah dan disaman kerana menyebabkan seseorang isteri yang enggan bercerai tetap diceraikan oleh suaminya.

Sementara itu, mengulas mengenai trend penceraian terutama dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan, Kamilia mencadangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri agar menganjurkan kursus untuk pasangan yang sudah berkahwin untuk tempoh setiap lima tahun.
"Janganlah semasa hendak berkahwin saja kita adakan kursus, sebab dalam tempoh lima tahun perkahwinan, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun dan seterusnya ada ujiannya yang tersendiri.
"Dengan cara ini, saya percaya banyak perkahwinan yang dapat diselamatkan kerana mereka akan mendapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada pakar-pakar yang arif tentang asam garam rumah tangga," katanya.

Selain itu, kata Kamilia, pasangan suami isteri perlu bijak menggunakan Internet tanpa menjadikan laman sosial seperti Facebook untuk meluahkan perasaan terhadap kekurangan pasangan masing-masing kepada orang lain.
"Jika seorang isteri menceritakan keburukan suaminya kepada lelaki lain dan lelaki itu mengambil kesempatan menggoda dia, sudah tentu akan berlaku masalah dalam perkahwinan mereka, begitu juga sebaliknya," katanya.
*sumber




'Isteri teraniaya tidak perlu saman pihak ketiga'

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan saranan menyaman pihak ketiga yang dipercayai menjadi punca perceraian sebagai tidak munasabah.
Katanya, ia kerana isteri yang teraniaya boleh menggunakan undang-undang syariah bagi mendapatkan haknya tanpa mengemukakan saman kepada pihak ketiga.
Menurut beliau, undang-undang memperuntukkan isteri menuntut haknya di Mahkamah Syariah jika suami mengabaikan tanggungjawab.

"Isteri boleh menuntut mutaah bernilai sehingga RM1 juta atau lebih jika suami mampu untuk menunaikan tuntutan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas saranan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang memberitahu terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan seseorang itu didakwa kerana cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain.
Harussani berkata, perbuatan mengganggu melibatkan dua pihak dan dalam keadaan ini "tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi".

Keadaan akan menjadi lebih sukar jelasnya, jika pihak ketiga mendakwa dirinya yang telah diganggu oleh suami kepada wanita yang mengemukakan saman tersebut.
Beliau menjelaskan, mengikut ajaran Islam hanya suami yang mampu dan boleh berlaku adil kepada isterinya dibolehkan berkahwin lebih daripada satu.

Sekiranya suami yang mengamalkan poligami tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya jelas Harussani, isteri berhak menuntut antaranya mutaah, nafkah anak-anak dan tempat tinggal daripada suami.
Beliau juga berkata, sepanjang yang diketahui, tiada peruntukan untuk isteri menyaman pihak ketiga yang dipercayai menjadi punca perceraian.
*sumber

ok gak klo bleh saman perempuan gedik yg menggedik ngan laki org diluar sana itu.
tp klo bertepuk sebelah tgn juge tak akan berbunyi kan..

obsesi

obsesi si dina skrg adalah upin ipin. rasanye standed la bdak2 kecik, mesti suke upin ipin kan..

belakon baca buku upin ipin.. ok lg..

tp yg x tahan bile g lekatnye sticker upin ipin kt tikar, almari n mainan. oh kt lappy pon ade gak. dh dilekatnye, dicontengnye plak. sabo jelaa..
nie la bdak tecitnye..
mcm dh bsr kan. belakon je tuh. gmbr ms raye aritu. raya pose yer, bukan raye haji..
dlm 20 months.

Thursday, November 18, 2010

the best ever..

the best ever murtabak.. mmg mavellesss...
tp bukan buatan sendri. mestilah beli yer..

murtabak nie ade kt psr mlm sbrg jaya. mmg laku abis.
kdg2 klo g lambat pastu ckp 'pakcik, murtabak 3'..
jgn tekejut bila die reply.. 'dik, klo tunggu bleh? yg masak round nie dh abis. round lps nie pon dh abis. round yg lps tu ade lg..tp dagingla. klo nk ayam kena tunggu satu round lg'..

mmg laku abis la. puas ati jual. berbaloi berpeluh2 panas dpn kuali..

Wednesday, November 17, 2010

Selamat hari raya aidiladha

Selamat hari raya Aidiladha..
Semoga raya nie kita semua diberi lebih keberkatan dan kerahmatan..
Bersyukur di atas semua nikmatNya. amin...

*saye tidak berblog dihari raye.
ini adalah schedule post. sekian..

Tuesday, November 16, 2010

dh lama x tgk wyg

aku terkenang suatu mase dulu, tgk midnight movie, sambil mkn popcorn dlm cinema.
tp skrg tidak lg. last tgk wyg adalah few years ago. mase belom pregnant. sbnrnye dh lupe bile n cite pe yg last sbb dh lama sgt.

tingin nk tgk magika. mcm best kan.. tp x berkesempatan. lgpon ngan sibdk tecit dina. behave ke x nnt klo bwk die...
klo x bwk kang dok tingat jek *cehh padahal xde org jaga*..

*pic source here

Monday, November 15, 2010

bila dh xde keje

hari minggu, maka cari n buatla aktvt yg berfaedah n tidak. hehe..
yg berfaedah spt melawat baby imran, mmg montel. geram tgk org dpt baby.. :)

baby imran..

mommy am, dina n kak iyah..
ataupon hjg minggu habiskan mase..
mcm bersiar2 di bayan bay..


g kt pameran tentera udara. tgk heli n aeroplane n mcm2 ade..
mmg takde keje kan..



atau habiskan mase di qbay mall.
pastu buat2 tangkap gmbr mcm pelancong. join diorg. hahaha..
mmg xde keje kn..

Sunday, November 14, 2010

aku malu~malu kucin

last weekend, kwn lama ms skolah dulu ajak g umah die.
erk sbnrnye bkn ajak sgt. tp lebih kpd aku yg offerkan diri. haha...
mcm nie la, die post kt fb nk buat birthday party anak die. then aku pn komen.. 'jgn lupe ajak aku'.. haha..

pastu hr ahad tu ps lg sms, suh aku g umah. aku on jek.. lgpon x ape pn nk buat during weekend melainkan makan n tdo jek. hehe..
gerak dh lewat, dkt pkol 6 ptg. smpai dlm 630.
mak aih ramai org dpn umah. aku dh pk dh nk blk ke nk redah jek.
tpon la die konon2 nk suh tunggu dpn umah, sambut aku. tak angkat.. haih. dhla lama x jupe. buatnye die blur2 tak kenal aku. tak ke malu.. :(

then pk2 redah jela. aku redha ngan ape je keadaan nnt. hehe..
nasib baik ingt lg die... peramah mcm dulu wan nie. oh dh lama tau x jupe. last jupe ms spm 1999. lama kan..
oh dlm gmbr tu dina x sempat nk pusing, tiek dh snap. haha..
sabo jela..

dhla g tak bwk hadiah. tak sempat nk beli n die pon ckp hr yg sama gak.
klo tau dh beli hr sabtu tu. skali ngan present utk anak opismate tiek.
oh sbnrnye aku mmg la suke buat tak knl org. aku kan sombong. hahahaha..

*hari nie ahad, takde watpe kt umah n aku masak hrnie.. wehhoooo..
tp kan smpai pkol 6 ptg td dh 3kali aku makan nasik. bukan sbb aku msk sedap.. tiidakkk..
tp sbb aku tak tau nk watpe. makan jela..
lps masak td dh makan, then tdo. bgn tdo suapkan dina makan, aku makan lg..
dok tgk tv tingin nk makan. jajan xde. then nasik la..
bahaye btol xde keje nih..