Friday, December 24, 2010

kelahiran nur aleesya humaira

anak sedare yg baru..
dilahirkan pd 24 dec 2010, 355pm.
so, tiap2 thn la nenek n tokbah dpt cucu..
next year in may, cik esah plak deliver baby..
comel kan..
suke la aku tgk baby nie.. excitedd!!!

Saturday, December 18, 2010

selamat hari lahir utk en suami

selamat hr lahir utk en suami.
takde yg special thn nie. just celebrate kecik2 kt umah ngan sebijik eskrem kek..
happy ice-cream cake to you!!


chocolate chip ice-cream cake from BR.
sgt manis.. owh..
tiek ngan dina je yg abiskan.

mood skrg adalah memilih kekko dr kedai plak.
mcm dh xnk dh homemade cake.
mood homemade cake dh takde..
that's y we decide to have pecan butterscotch from SR utk birthday ummi last krismas..

pecan butterscotch yg lazat dimakan begitu sahaja..
tp manis gak!!
deria rase skrg adalah amat sensitip..
sbb dh menghala ke 3series, so amat takut ngan kencing manis/sakit jantung/breast cancer/etc..

*post on 2jan, backdated to 18dec.. :)

Friday, December 17, 2010

Dina @ 21months

rase mcm dina makin kurus.
susu botol mmg kurang minum..
tp dulu makan byk..

skrg nie makan sikit2 je..
susu botol mmg kurang mcm slalu..
harapkan direct feeding je skrg.
tp dh nk kena wean sbb dh nk 2 thn..

suke minum milo. tp yg dlm kotak okeh..
gula tinggi kan..
so dh tukar dr susu anmum ke susu coklat dugro..
rasenye rase same je mcm milo.
tp tetapla xnk jugak yg dlm botol susu..

berat mmg underweight.
g mana2 org tego 'keciknyee die..'
ai sentap okeh.. mencikk..

nk wat camner lagikk nk bg makan??
appeton lysine and scott emulsion mmg bg.
tu pon punyela susah nk telan mcm nk bg makan ubat!

aku buntu.. :(

saye tak suke..

sbb rase mcm *putera* katak dibwh tepurung.
ie kt opis buat hal. so xleh beronline ms keje. bleh ym je..huhh..

nie ai dok kt meja clerk ai.
pinjam pc jap yer. haha

Tuesday, December 14, 2010

Nachos chili corn carne

repsenting.. Nachos chili corn carne.

tadaaa...


resipinye..
Ingredients:
400g minced meat
1tbs butter
1tbs paprika powder
oregano
thyme
5cloves garlic
6 red onions
50g carrot
30g leeks
200g kidney bean
2tbs flour
500g tomato paste
a pinch of salt
grated parmesan cheese
a packet of nachos cracker
Preparation:
heat the butter in a large heavy bottomed saucepan and fry the onion, garlic until soft and golden.
add in the carrot, leeks and herbs leaves.
pour in the minced meat and cook until it is dry before adding in the flour.
pour in the tomato paste. reduce the heat, and simmer gently for 15 minutes.
add in kidney bean and stir well.
season to taste with salt and black pepper powder.
continue cooking for 5 minutes over a low heat.
served hot garnished with parmesan cheese ans neachos cracker.
*tq chef X for the recipe.
sbnrnye aku tgk kt tv. sudah lama n lupe rancangan msk pe n sape chefnye..

Sunday, December 12, 2010

alhamdulillah..

makanan kami pada hr nie..
sayur campur..
daging black pepper..
lala masak serai..
sotong goreng tepong..
desertnye..
agar2 oreo..
dgn bubur pulut hitam..

Friday, December 10, 2010

donut

donut sedap bukan. mcm2 warna ada, tp bile kite tekan tetttt lembuttt.. hehe..

sbb tu diorg panggil donut kt seseorg yg lembut2.. klakar terkekeh2 aku gelak tgk cite nie. hehe

kak nita yg minat coach. tp rahmah ckp adik die ckp coach tu utk salesgirl kt paris je pakai. hehe..


bos kak nita. zul aka jie. hehe.. klaka la die belakon. jadik plak tu. tak sangke ai u bleh belakon jd donut..


shakir kot nama *lupe* aka shaq, adik rahmah. mmg jadikla belakon. :)


rahmah yg lurus. org kutuk depan2 pon angguk je, sokong plak tu. hehe..
nasib baik laki aku tido time tu, blehla aku layan cite nie.
klo die tgk tv gak musti gaduh berebut channel.
mcm budak2 kan..
*tq google utk pictures diatas..

saya suke pantai..

cantik kan..
tenang dan mendamaikan jiwa kacau.. huh kacau lagikkk..

ms pregnant dulu, morning sickness adalah teruk.
tp bau yg plg wangi time tu adalah bau pantai, ombak..

so, bila g keje n blk keje akan bukak sume tingkap luas2 bg bau pantai msk.
pastu tarik napas panjang2 nk bau puas2. hahaha..

tp skrg bila x pregnant dh tak bau.haha..

Thursday, December 2, 2010

masa berpantang dulu aku teringin ini..

cocopie.. hahaha..
padahal tak tingin pon nk makan.
tp ms pantang dulu aku rase sgt sedap bila tgk adik aku blk skolah makan dpn aku..
menjejes air lir aku..siap pesan lg suh beli..
then bila ummi g kuar, curik2 makan. haha..

skrg bila tgk cocopie, tingat ms aku pantang.
hahaha..
ade plak tingin makan cocopie..

Wednesday, December 1, 2010

keadaan saya diwaktu itu..

few weeks ago saya adalah sgt stress, down n mcm2 lg.
hidup dikatakan sikit serabut.. *sighh*

tp skrg sudah ok sket. sbb dh bleh type n3 nie. ehehe..


punca stress adalah ditmpt keje.
pastu bleh berlanjutan ke rumah. bergantung pd keupayaan kawal emosi diwaktu itu.
sy sgttt down sehingga membwk diri.
senyapkan henpon..
private kan blog..
oh fb mmg pon jarang bukak..

i need time to recover my emotion..
saya stress, down, depress dan sume perasaan bercampur baur..
tp sy tau puncanye adalah sbb keje.

saya adalah kuli disini. klo ade sesiape resign saya lah org yg kena cover semuanye..
dhla dgn xde bos. sy kena hadap sume masalah utk 2 division seorang diri. sorang diri okehhh..
takde siapa yg tolong..
tp klo sy buat salah atau termiss something important ade plak org yg tolong sound.
ade senior pon mmg tak amik tau lgsg sbb bos bg task kt saya kan.
bila ade pape prob n have to communicate ngan big boss barulah dia kalut nk dpt nama..
ai mencii betol ngan this type of people..
huhh..

saya beremosi kdg2 berlanjutan ke smpai umah. sian kt anak n hubby..
klo lah hubby pon blk dgn stress jugak, alamatnye suram lah umah malam tu.
hanye ade seorang anak kecik dok bermain sorang diri..
sedih kan..

dina dh nak 2 thn next month. sy dh pk nk weaning kan dia.
tp bila sy try, die mcm makin addict to bf.
bila die nk, sy cuba tak bg.. tp nanges plak..

heee.. makin stress aku..

nanges die bukan kejap. blehkah tahan?

bila bf, gigi die yg penuh n tajam *aku rase* manyakitkan..
ditambah ngan kepenatan blk keje lambat..
atau jem yg teruk kt penang bridge..
disamping itu ada bykkk kain baju yg tak berbasuh..
bykk baju yg tak bersidai..
yg tak berlipat jgn ckplah..
pinggan plak penuh sinki..
perut yg lapar..

semua satu pakej..

beristigfar kejap..

cuba utk pk secara waras..
eh aku rase aku nk msk kos tangani stress la..

mudah2an Tuhan kuatkan semangat aku..

Monday, November 29, 2010

buatlah pilihan yang bijak..

dari kecik smpai besar dina mmg saya pakaikan ngan huggies.
[jgn tanye sy psl CD. sy mmg tingin tp x berkesempatan.ok cite kt lain n3 ye...]

bg saya huggies mmg lah puas hati. so far tak pnh bocor ke ape. ditambah ngan pelekat die yg tak melukakan/menyakitkan peha gebuss anak saya. hehe..

mcm biasalah di hjg bln stok diapers akan abis. so wiken lps jenuhla kami g cari stok.
memula carik kt te**o.
harga huggies sz M : 4x.xx [tak ingt tp dlm patploh lebih]..
rasenye kt tmpt lain bleh dpt lg murah..

kendian ke j***o. harganye 46.90 [klo x salah, tak ingt jugakk]..
eh rasenye dlm tigaploh lebih jek. skrg dh mahal mehhh..

kemudian ke mini market kt dpn umah..
harganye 34.90.
oh ini barulah betol.
buatlah pilihan yg bijak yer..

sape nk bg duit seploh hinggit pree?

*tq en gugel atas gmbr diatas..

90 days to go -clearkan cpt..

lagi 90 hari utk clearkan saman yg ade.
jadi cepatlah clear..
utk aku alhamdulillah saman hanyelah rm670 [apelah sgt 670 jika dibandingkan ngan saman korang yg ribu riban kan hehehe]
tp ntah bila la nk byr..

sume bleh cek di myeg yer..

Friday, November 19, 2010

sharing is caring kan..

Saman wanita jadi punca cerai


Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 16 Nov. - Isu perceraian yang menjadi topik hangat ketika ini 'semakin menarik' apabila seorang pengamal undang-undang memberi tips kepada isteri-isteri teraniaya mengenai cara berdepan perampas suami mereka.

Peguam berkenaan, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, isteri yang diceraikan disebabkan suami mereka digoda orang ketiga boleh menyaman wanita yang menjadi punca penceraian rumah tangga mereka.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO memberitahu, satu pasukan peguam syarie boleh dibentuk bagi membantu isteri yang teraniaya akibat cinta suami beralih arah.
Menurutnya, terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan seseorang itu didakwa kerana cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain.

Tambah beliau, tidak ramai wanita Melayu yang menyedari peruntukan itu dan pihaknya bersedia akan membantu mereka mendapatkan khidmat nasihat jika mereka berasa teraniaya apabila ditinggalkan suami ekoran gangguan pihak ketiga.
"Malah di bawah undang-undang sivil pun ada peruntukan ini, sebagai contoh kes model dan pengacara, Daphne Iking yang mana bekas suaminya menyaman seorang ahli perniagaan kerana memikat isterinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamilia berkata, kes-kes saman seumpama itu perlu dimulakan supaya masyarakat dapat disedarkan bahawa adalah suatu kesalahan meruntuhkan ikatan pasangan yang berkahwin.
Justeru, tegas beliau, pihak ketiga yang menjadi punca penceraian itu perlu diheret ke mahkamah dan disaman kerana menyebabkan seseorang isteri yang enggan bercerai tetap diceraikan oleh suaminya.

Sementara itu, mengulas mengenai trend penceraian terutama dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan, Kamilia mencadangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri agar menganjurkan kursus untuk pasangan yang sudah berkahwin untuk tempoh setiap lima tahun.
"Janganlah semasa hendak berkahwin saja kita adakan kursus, sebab dalam tempoh lima tahun perkahwinan, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun dan seterusnya ada ujiannya yang tersendiri.
"Dengan cara ini, saya percaya banyak perkahwinan yang dapat diselamatkan kerana mereka akan mendapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada pakar-pakar yang arif tentang asam garam rumah tangga," katanya.

Selain itu, kata Kamilia, pasangan suami isteri perlu bijak menggunakan Internet tanpa menjadikan laman sosial seperti Facebook untuk meluahkan perasaan terhadap kekurangan pasangan masing-masing kepada orang lain.
"Jika seorang isteri menceritakan keburukan suaminya kepada lelaki lain dan lelaki itu mengambil kesempatan menggoda dia, sudah tentu akan berlaku masalah dalam perkahwinan mereka, begitu juga sebaliknya," katanya.
*sumber




'Isteri teraniaya tidak perlu saman pihak ketiga'

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan saranan menyaman pihak ketiga yang dipercayai menjadi punca perceraian sebagai tidak munasabah.
Katanya, ia kerana isteri yang teraniaya boleh menggunakan undang-undang syariah bagi mendapatkan haknya tanpa mengemukakan saman kepada pihak ketiga.
Menurut beliau, undang-undang memperuntukkan isteri menuntut haknya di Mahkamah Syariah jika suami mengabaikan tanggungjawab.

"Isteri boleh menuntut mutaah bernilai sehingga RM1 juta atau lebih jika suami mampu untuk menunaikan tuntutan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas saranan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang memberitahu terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan seseorang itu didakwa kerana cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain.
Harussani berkata, perbuatan mengganggu melibatkan dua pihak dan dalam keadaan ini "tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi".

Keadaan akan menjadi lebih sukar jelasnya, jika pihak ketiga mendakwa dirinya yang telah diganggu oleh suami kepada wanita yang mengemukakan saman tersebut.
Beliau menjelaskan, mengikut ajaran Islam hanya suami yang mampu dan boleh berlaku adil kepada isterinya dibolehkan berkahwin lebih daripada satu.

Sekiranya suami yang mengamalkan poligami tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya jelas Harussani, isteri berhak menuntut antaranya mutaah, nafkah anak-anak dan tempat tinggal daripada suami.
Beliau juga berkata, sepanjang yang diketahui, tiada peruntukan untuk isteri menyaman pihak ketiga yang dipercayai menjadi punca perceraian.
*sumber

ok gak klo bleh saman perempuan gedik yg menggedik ngan laki org diluar sana itu.
tp klo bertepuk sebelah tgn juge tak akan berbunyi kan..

obsesi

obsesi si dina skrg adalah upin ipin. rasanye standed la bdak2 kecik, mesti suke upin ipin kan..

belakon baca buku upin ipin.. ok lg..

tp yg x tahan bile g lekatnye sticker upin ipin kt tikar, almari n mainan. oh kt lappy pon ade gak. dh dilekatnye, dicontengnye plak. sabo jelaa..
nie la bdak tecitnye..
mcm dh bsr kan. belakon je tuh. gmbr ms raye aritu. raya pose yer, bukan raye haji..
dlm 20 months.

Thursday, November 18, 2010

the best ever..

the best ever murtabak.. mmg mavellesss...
tp bukan buatan sendri. mestilah beli yer..

murtabak nie ade kt psr mlm sbrg jaya. mmg laku abis.
kdg2 klo g lambat pastu ckp 'pakcik, murtabak 3'..
jgn tekejut bila die reply.. 'dik, klo tunggu bleh? yg masak round nie dh abis. round lps nie pon dh abis. round yg lps tu ade lg..tp dagingla. klo nk ayam kena tunggu satu round lg'..

mmg laku abis la. puas ati jual. berbaloi berpeluh2 panas dpn kuali..

Wednesday, November 17, 2010

Selamat hari raya aidiladha

Selamat hari raya Aidiladha..
Semoga raya nie kita semua diberi lebih keberkatan dan kerahmatan..
Bersyukur di atas semua nikmatNya. amin...

*saye tidak berblog dihari raye.
ini adalah schedule post. sekian..

Tuesday, November 16, 2010

dh lama x tgk wyg

aku terkenang suatu mase dulu, tgk midnight movie, sambil mkn popcorn dlm cinema.
tp skrg tidak lg. last tgk wyg adalah few years ago. mase belom pregnant. sbnrnye dh lupe bile n cite pe yg last sbb dh lama sgt.

tingin nk tgk magika. mcm best kan.. tp x berkesempatan. lgpon ngan sibdk tecit dina. behave ke x nnt klo bwk die...
klo x bwk kang dok tingat jek *cehh padahal xde org jaga*..

*pic source here

Monday, November 15, 2010

bila dh xde keje

hari minggu, maka cari n buatla aktvt yg berfaedah n tidak. hehe..
yg berfaedah spt melawat baby imran, mmg montel. geram tgk org dpt baby.. :)

baby imran..

mommy am, dina n kak iyah..
ataupon hjg minggu habiskan mase..
mcm bersiar2 di bayan bay..


g kt pameran tentera udara. tgk heli n aeroplane n mcm2 ade..
mmg takde keje kan..



atau habiskan mase di qbay mall.
pastu buat2 tangkap gmbr mcm pelancong. join diorg. hahaha..
mmg xde keje kn..

Sunday, November 14, 2010

aku malu~malu kucin

last weekend, kwn lama ms skolah dulu ajak g umah die.
erk sbnrnye bkn ajak sgt. tp lebih kpd aku yg offerkan diri. haha...
mcm nie la, die post kt fb nk buat birthday party anak die. then aku pn komen.. 'jgn lupe ajak aku'.. haha..

pastu hr ahad tu ps lg sms, suh aku g umah. aku on jek.. lgpon x ape pn nk buat during weekend melainkan makan n tdo jek. hehe..
gerak dh lewat, dkt pkol 6 ptg. smpai dlm 630.
mak aih ramai org dpn umah. aku dh pk dh nk blk ke nk redah jek.
tpon la die konon2 nk suh tunggu dpn umah, sambut aku. tak angkat.. haih. dhla lama x jupe. buatnye die blur2 tak kenal aku. tak ke malu.. :(

then pk2 redah jela. aku redha ngan ape je keadaan nnt. hehe..
nasib baik ingt lg die... peramah mcm dulu wan nie. oh dh lama tau x jupe. last jupe ms spm 1999. lama kan..
oh dlm gmbr tu dina x sempat nk pusing, tiek dh snap. haha..
sabo jela..

dhla g tak bwk hadiah. tak sempat nk beli n die pon ckp hr yg sama gak.
klo tau dh beli hr sabtu tu. skali ngan present utk anak opismate tiek.
oh sbnrnye aku mmg la suke buat tak knl org. aku kan sombong. hahahaha..

*hari nie ahad, takde watpe kt umah n aku masak hrnie.. wehhoooo..
tp kan smpai pkol 6 ptg td dh 3kali aku makan nasik. bukan sbb aku msk sedap.. tiidakkk..
tp sbb aku tak tau nk watpe. makan jela..
lps masak td dh makan, then tdo. bgn tdo suapkan dina makan, aku makan lg..
dok tgk tv tingin nk makan. jajan xde. then nasik la..
bahaye btol xde keje nih..

Friday, October 29, 2010

berpesan-pesanlah selalu..

mungkin ramai yg baca 'pesanan untuk suami' oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kt facebook ke.. kt blog ke..
saya jumpe nie mase blogwalking kesini.
pastu aku teros copy ke email n email utk en tiek.

balik dr keje hr tu jugak, aku nampak byk brg2 dapur atas meja makan.
hairan kan.
pastu tgk tiek ngan apron tgh bertungkus lumus kt dapur.
oh masak rupenye.
heran sekali lagik..

tgk dlm oven ade marinated lamb. oh sedap..
pastu tak lama lps tu atas meja makan ade nasik n ikan masak merah. oh sedap jugak..

mungkin semua itu jadi sbb aku fwd email 'pesanan untuk suami' itu?
Tuhan je yg tahu..
oleh itu, berpesan2 la kt suami anda. sekian. harap maklum.

oh pesanan utk laki aku yg bace post nie.. 'jgn komen pape...'

idaman kalbu

nie lah kek idaman kalbu aku.. huuu..
akhirnye dpt jugak.
gigih aku berusah drive sorg2 g amik ngan laki jaga anak kt umah. heee..

akhirnye jeri telah memenuhi order nafsu makan aku nih.
oh jeri peramah tp aku malu2 kucin. hehe.. well, i mmg camnih.. :P

red velvet cake idaman kalbu. heee..


wlpn kekenyangan mencekik nasi goreng, somtan n air tembikai. kek nie abis jugak 2 ketui. siap bwk bekal ke opis lg. oh ade lg dlm peti ais. nikmat Tuhan. alhamdulillah.. syukur nikmat.. Malaysia maju rakyat selamat.. alalalaalalallalala..

*kenyang perut suke hati..lalalalaa

Wednesday, October 27, 2010

meroyan kek

semenjak 2 menjak nie aku meroyan kek..
mula2 kek coklat.
pastu kek kerot.

oh due2 kek nie buat sendri. konon rajin sket bleh la.
klo x jgn harap..


carrot cake ngan toping cream cheese..
susahla nk tempek cream cheese nie. mmg comot abis.
patutla kak ina hr tu ckp susah nk ratakan die.
mmg susah betol nk ratakan.
so, aku pon cover ngan choc rice, manik2, ape yg ade.. lebih buat biskut raye hr tu..

nampak comot. tp sedap jugak.
ok msk bakul angkat sendri. biar aku semangat sket masak.. ohoooo..

and now craving for red velvet cake.
aduh. lambatnye esok.
esok kek siap. yuhuuuu....

Monday, October 25, 2010

taubat nasuha

itu adalah tajuk cite, calon utk anugerah skrin.
oh sunggoh menusuk jiwe. mmg bestlah..

kisah suami isteri yg laki nye keje dok merungutlah. bininye menyusahkan.. anaknye menyusahkan.
pastu dah Tuhan ambik blk anak bini die tau la plak nanges.
itulah..

kite kena bersyukur ngan ape yg ade..
sbb kdg2 kite tak sedar yg kite memiliki sesuatu sehinggalah kite kehilangannye..

ceewah. mcm berdrama la plak.
dh pehal aku buat review cite plak.
tq en gugel utk gmbr diatas.. yeehuuuu..

Friday, October 1, 2010

kisah seorg budak

ok sbnrnya smpai skrg aku x caye yg aku akn tdo lewat sbb tgk cite hindustan.
aku bukannye peminat cite hindustan pon dan aku xkan tdo lambt sbb tgk cite hindustan okeh!.. haha..
tp semalam kan aku layan cite nie, smpai pkol 12 you..
oh sedih tau. mcm nak mengalir air mata nie tp cover cover.. sbb nnt laki aku gelakkan aku. haha
sbnrnye xnak tgk tp sbb tiek suke tgk channel Zee. so tumpang jela. lgpon mlm jumaat kan byk cite hantu. lg la mak x tgk *sbb penakut haha*
tp tudung ekspress tetap diutamakan. haha. lps tu layan cite nih smpai habis. ohooo best gak. sedih pon ade. hampir2 nak nages mak tau.

citenye psl budak nih yg ada dislexia tp parents die x pasan.
ape tu dislexia?
nih die :
"a disorder in children who, despite conventional classroom experience, fail to attain the language skills of reading, writing, and spelling commensurate with their intellectual abilities."

read more here.

ashaan nie takleh belajar. die tulis pon image cermin. dlm cite nie umur die 9 thn tp die xleh membaca, menulis etc. tp sgt pandai melukis, berimignasi la.so ayah die ckp die lembap, malas belajar. die slalu kena denda ngan cikgu disbbkan ketidakpandaian die membaca n tulis.
pastu bapak die hantar die kt skolah asrama. pon same gak. smpaila satu hari cikgu lukisan jd cikgu ganti *aamir khan belakon*. then cikgu ni sedar yg ashaan nie mcm nie, sbb cikgu nih pon ade dislexia gak... pastu cikgu tu ubah keadaan n ajar ashaan smpai boleh membaca n menulis.
dlm cite nie ckp Albert Einstein pon ade dislexia. eh Abishek Bachan *erk betol ke eja??* pon ade tau. hehe..
panjang lg tp penat nk cite. end..

terharu ai tgk cite nie. best gak. sbb tu laki aku tgk dh byk kali. die kan peminat Zee. haha.. *jgn marah ye bang, klo x nnt tdo sorg haha*
cite nie sgt bermotivasi utk kaum ibu n bapak2. sile tgk ye *promot xde bayaran*.

yeay dh jumaat. aku sukeee..

Thursday, September 23, 2010

puasa6 yang pertama

salam,
ohooo hari nie saya dh setat berpuase 6. rajin bukan?
sbnrnye utk ganti skali n neutralkan napsu makan dan perot yg asyik mintak mknan sejak raya lg.
maka blk2 keje semlm aku gigih masak utk dinner n sahur kekononnye lah..
mknannya adalah sgtlah sedap. rasa mcm nk tambah nasik berpinggan2. tp x jd sbb sblm tu dh berpinggan2 makan cucur udang tiek. haha.. rajin bukan laki mak. hr nie nk request cucur udang lagik. eh bukan dia request kt aku tp aku yg request kat dia.haha..

dinner @ sahur semlm..
nasik putih panas2.. adoi berasap. huh

ngan ikan terubuk masin goreng garing. mak aih sedapnyoo.. terbayang2 nih
ikan terubuk masin dr sepupu tiek yg blaja kt unimas *eh betol ke? aku x sure*
so, mase raya atau cuti kami pesan kt dia.
ikan terubuk masin nie klo makan ngan nasik panas, pastu perah plak limau n tambah plak ngan cabai kecik huh sedapnya..
bila tingat mknan menjejes air liur aku.
lega sket amarah dihati nih.
ingtkan lps cuti raya yg panjang gembira nk dtg keje, tp dr hr senin lg aku dtg mengamuk.
mana taknye, sume keje aku jd kelam kelibut, byk taik2 org tinggal.
aku xde collegue ke?
eh mestilah ade senior eng sorang tuh tp mcm hampeh.
jgnkan nk tolong cover, amik tau pon tak. pastu dgn org lain plak yg pandai2 ubah apa yg aku dh set.
so, aku blk ke opis utk bersihkan taik2 depa. aku mmg sgt marah.
ok. klo dia cuti jgn harap aku nk cover dia!
sellfish!
aku mmg sgt marah ngan dia. dulu x nampak sgt sbb ada bos.
skrg bila bos xde, nampak sgtla bermaharajalela.

sejak senin stat keje hrtu aku mmg sgt garang. tiap2 hari mmg ade la yg kena marah di tmpt umum. mulut mmg x cover2. so, aku tak heran klo tayar kete aku pancit bila blk keje nanti.
*tp mintak2 la tak ye -tau takot haha*
ok. keje nih ada turun naiknya. telan jela, redha n syukur ngan rezeki yg dikurniakan. setiap org ada rezeki masing2.
.
*pict gugel..
*opismate aku x baca belog aku. tu yg sedap menulis. haha
*aku nk diet, blk nie aku nk terai baju kebaya aku yg lama. ohoo gumbiranya klo dh muat.
*adik aku kt hongkong. nk pesan pe eh
*ada org berminat ngan sutera india or vietnam? aku ada bykk setok.

Wednesday, September 22, 2010

raya raya raya!!

salam,
how's ur raya?
aku nye mcm biase jek. adela jupe kawang2 sket2. pastu selebihnye mencekik sekut raya kt umah. haha..
oh gambar raye kami xde sbb raya thn nie adalah raya yg plg tak best [diantara raya2 yg tak best]. aku n en hb berkerisis dr mlm raya smpaila raya pertama. so, gambar pon tadak. sekian harap maklum.

mase raya kedua ada la sedikit best sbb bleh jupe anjerinn, nini n diana yg sgt gumbira hidupnya. haha..
lgpon mak dh lama x bersosial. hidup skrg adalah utk keje n jaga anak. ohoo..


gambar ihsan dr hp diana yg teros diupload dlm fb on the spot. oh sgtlah maju..
hp aku ado?
mestilah takk..haha

Tuesday, September 21, 2010

her new look

gambar nih gambar last wiken Saturday 18 Sept 2010. mase g melawat kawasan umah. ceh..
tgkla rambut si dina tu. serabut bukan, panas yg amat. panjang tak terurus.
ikat rambut pon x smpai 5 minit habis ditariknye.

then, g kedai nk potong rambut nanges plak. smpai 'akak' tukang gunting tu x sanggup nk gunting. haha..
mmg horror klo anak aku nanges nih..

lastly, bbsitter yg guntingkan. so far ibu dina nih puas ati..
maklumla sblm jd bbsitter, akak tu keje kt saloon. kreatip gtu. hehe..



gambar yg tak tgk kamera.
punyela susah nk tangkap gambar paspot budak nih. haha..
*skali tgk mcm rambut pompuan yg belakon dlm mr bean holiday tuh. ape namanye yer..

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya!

Selamat hari raya kepada semua muslimin n muslimat yg membaca ini.
Saya mintak maaf zahir dan batin.
Saya mintak maaf jika sebarang penulisan saya telah menyinggung perasaan sesape. Sesunggohnye saya langsung tak berniat melukakan hati sesiapa.

Sebarang penulisan saya di belog saya ini adalah utk kenangan saya sendiri. klo ada sesape yg tak suke, sila close dan jgn bukak belog nie lg.
oh akhir kata, saya mintak maaf byk2 di atas segala salah silap.
sekian. harap maklum..

*apekehalnye aku masih kt opis lg nihhh???